MUSZLEEM adalah ' jenama ' mewakili Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (PPM-015-11-16072018) , Pertubuhan Ikatan Muslim, Besut, Terengganu ( PPM-018-11-13062022) , Pusat Jagaan Muszleem (T/PJB KK 022/2023) dan Usrah al-Quran (1461140-V).
.
Kisahnya bermula 12 tahun lepas bila Imam Muda Jaabar menjemput Pengerusi MUSZLEEM ; Tuan Haji Ahmad Fadzli Fauzi ke Kemboja untuk menyertai rombongan korban.
.
Di sana, rombongan telah dibawa menziarahi perkampungan orang Islam yang tinggal di dalam sampan sahaja dan juga beberapa perkampungan lain.
.
Mereka semua sangat miskin dan dhaif. Mereka telah memohon bantuan pengerusi kami untuk membina perigi wakaf dan membina sekolah agar syiar Islam terus menyala di Kemboja.
.
Selepas selesai korban dan pulang ke tanahair, pengerusi kami telah menjemput beberapa orang sahabat beliau dan menubuhkan MUSZLEEM.
.
Apakah maksud perkataan MUSZLEEM bagi nama pertubuhan ini?
.
Ia membawa maksud muslim iaitu orang-orang Islam dalam Bahasa Inggeris 'slang' Amerika Syarikat.
.
Kami menggunakan perkataan tersebut disebabkan hasrat kami untuk berkhidmat kepada seluruh umat Islam tak kira di mana berada.
.
Sebagai menyahut pesan RasulAllah yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari didalam kitab Sahih mereka :
.
قال النبي صلى الله عليه وسلم: لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه. متفق عليه.
.
Maksud ; "Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
.
Di antara projek yang sedang dijalankan sekarang ini ialah ;
.
1. Makanan Untuk Asnaf
Ketua Projek : Cik Zulaikha 016-956 1047
2. Jamuan Untuk Asnaf
Ketua Projek : Mariam 011-5373 4632
3. Projek Perigi Wakaf di Kemboja
Ketua Projek : Alia Adnan 011-3310 4306
4. Projek Perigi Wakaf di Bangladesh
Ketua Projek : Wan Nor Amirah 013-998 6162
5. Projek Perigi Wakaf di Afrika
Ketua Projek : Alia Adnan 011-3310 4306
6. Projek Wakaf Tempat Wudhuk di Bangladesh
Ketua Projek : Wan Nor Amirah 013-998 6162
7. Projek Wakaf Lampu Solar di Kemboja
Ketua Projek : Farhana Murudin 011-1999 8720
8. Akikah & Korban Kemboja, Afrika & Bangladesh
Ketua Projek : Nur Nadiah Rosdi 013-360 7072
9. Projek Wakaf al-Quran & Iqra' Kemboja
Ketua Projek : Nur Syazana 010-901 8389
Pejabat MUSZLEEM terletak di Kampung Padang Landak, Jerteh, Besut, Terengganu. Anda dijemput datang ke pejabat kami.
.
Jika tuan dan cikpuan ada sebarang persoalan ataupun ingin mendapatkan perkembangan terkini kami, boleh isi borang di bawah ini. InsyaAllah pihak kami akan hubungi anda secepat mungkin.
.
Mohon doa anda semua agar usaha kecil ini mendapat berkat dan rahmat dari Allah.
.
Terima kasih
.
Muszleem Malaysia