MUSZLEEM MALAYSIA
MUSZLEEM adalah 'jenama' mewakili :
  • Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia  (PPM-015-11-16072018)
  • Pertubuhan Ikatan Muslim, Besut, Terengganu ( PPM-018-11-13062022)
  • Pusat Jagaan Muszleem (T/PJB KK 022/2023)
  • Usrah al-Quran (1461140-V)
  • Pertubuhan Kebajikan Tahfiz An Nur Pasir Puteh Kelantan (PPM-029-03-09102024)
  • Persatuan Kebajikan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh Asajaya (PPM-009-13-02082022)
  • Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Husnul Khatima, Besut, Terengganu (PPM-012-11-25032025).
.
Kisahnya bermula 12 tahun lepas bila Imam Muda Jaabar menjemput Pengerusi MUSZLEEM ; Tuan Haji Ahmad Fadzli Fauzi ke Kemboja untuk menyertai rombongan korban.
.
Di sana, rombongan telah dibawa menziarahi perkampungan orang Islam yang tinggal di dalam sampan sahaja dan juga beberapa perkampungan lain.  
.
Mereka semua sangat miskin dan dhaif. Mereka telah memohon bantuan pengerusi kami untuk membina perigi wakaf dan membina sekolah agar syiar Islam terus menyala di Kemboja.
.
Selepas selesai korban dan pulang ke tanahair, pengerusi kami telah menjemput beberapa orang sahabat beliau dan menubuhkan MUSZLEEM.
.
Apakah maksud perkataan MUSZLEEM bagi nama pertubuhan ini?
.
Ia membawa maksud muslim iaitu orang-orang Islam dalam Bahasa Inggeris 'slang' Amerika Syarikat.
.
Kami menggunakan perkataan tersebut disebabkan hasrat kami untuk berkhidmat kepada seluruh umat Islam tak kira di mana berada.
.
Sebagai menyahut pesan RasulAllah yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari didalam kitab Sahih mereka :
.
‎قال النبي صلى الله عليه وسلم: لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه. متفق عليه.
.
Maksud ; "Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
.
Di antara projek yang sedang dijalankan sekarang ini ialah ;
.
1. Makanan Untuk Asnaf
    Ketua Projek : Cik Azima 014-780 8274

2. Jamuan Untuk Asnaf
    Ketua Projek : Cik Azima 014-780 8274

3. Projek Wakaf Pembinaan Masjid Lombok
    Ketua Projek : Puan Farah 011-2082 7706

4. Projek Wakaf Bangunan Sekolah An-Nikmah, Kemboja
    Ketua Projek : Puan Farah 011-2082 7706

5. Taja Makan Pelajar Pusat Pendidikan Muhammad Al-Fateh
    Ketua Projek : Puan Norizawani 010-807 3159

6. Taja Makan Pelajar Tahfiz An-Nur
    Ketua Projek : En. Hisam 011-5896 6601

7. Taja Makan Anak-Anak Pusat Jagaan Muszleem (PJM)
    Ketua Projek : Cik Fhatihah 011-5755 6752

8. Akikah & Korban Kemboja, Afrika & Bangladesh 
    Ketua Projek : Nur Nadiah Rosdi 013-360 7072

9. Projek Wakaf al-Quran & Iqra' Kemboja 
    Ketua Projek : Cik Syafiqah 011-5751 6455

10. Projek Wakaf al-Quran Sumatera Barat
      Ketua Projek : Cik Syafiqah 011-5751 6455

11. Taja Makan Pelajar Madrasah Darul Quran Kemboja
      Ketua Projek : Puan Farah 011-2082 7706

12. Projek Wakaf Bangunan Pusat Penempatan Warga Emas Husnul Khatimah
      Ketua Projek : Puan Hazira 010-318 6064

Pejabat MUSZLEEM terletak di Kampung Padang Landak, Jerteh, Besut, Terengganu. Anda dijemput datang ke pejabat kami.
.
Jika tuan dan cikpuan ada sebarang persoalan ataupun ingin mendapatkan perkembangan terkini kami, boleh isi borang di bawah ini. InsyaAllah pihak kami akan hubungi anda secepat mungkin. 
.
Mohon doa anda semua agar usaha kecil ini mendapat berkat dan rahmat dari Allah.
.
Terima kasih
MUSZLEEM MALAYSIA